loading...
Amboiiiiii makkkkk… Kecut perut Gomez baca ayat samseng minah ni. Mengalahkan Sopi Jikan haaaaa!! Tak padan dengan perempuan tapi nak ajak lelaki fight!! Tak padan dengan budak sekolah tapi sembang bikin gua bimbang.
Mungkin minah ni dah rimas sangat sebab lelaki misteri ni suka kacau dan curi gambar dia.., sebab tu dia sound macam tu. Tapi kalau iya pun bengang, takkan la sampai nak set tempat bagai.
Kamu tu sudah la perempuan, kawan tu pulak lelaki! Sekali lelaki tu buat apa-apa atau datang bersemuka, apa-apa pun boleh jadi tauu… Silap-silap kena bunuh haaa.
Mana tak nya kann.., kalau dah dok buat berani nak pi terjah tempat orang sendirian, siap suruh mamat tu bawak sekampung, tak kisah katanya.
Nak cakap tu jaga-jaga sama dik oi… Jangan kerana mulut badan binasa. Orang-orang sangap macam jantan ni better block je dik… Kalau layan lagi sakit hati, betul tak??
Tak payah la nak berlagak samseng.., kalau rimas sangat report je kat polis.., apa susah. Tak pun suruh ayahnda Rani Kulup siasat kes ni.. Hahahaha!
loading...
0 Response to "Tak Padan Budak Sekolah Muka Comel Tapi Samseng Habisss..!!"
Post a Comment