loading...
*Ramai lelaki masih tidak tahu atau pura-pura tidak tahu
tanggung jawab dalam sebuah perkahwinan dan juga
tanggungjawab dalam kekeluargaan. Yang paling dilupai
lelaki / suami-suami sekarang ialah apabila si isteri tidak
menutup aurat ,malahan anak perempuan , adik perempuan,
kakak dan ibunya juga (jika tidak menutup aurat atau apa saja)
yang menanggung dosa adalah mereka.........
4 JENIS LELAKI YANG DITARIK PEREMPUAN KE NERAKA
Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki
bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk
memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum
lelaki memainkan peranannya dengan hak dan saksama
berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada
akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan
anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan
segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan
sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya
tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya
memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik
ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya.
Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk
suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim
apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti
solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut
ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah
wanita jatuh ke bahu abang-abangnya…..jikalau mereka hanya
mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar
melencong dari ajaran ISLAM …tunggulah tarikan adiknya
ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal
kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat
kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya,
maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan
di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja
di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat,
maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau
anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT:- “Hai orang-orang yang beriman,
peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang
bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya
malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak
mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya
kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang
diperintahkan.”(At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga.
ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA,
semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah
tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita
membuang atau tidak mengendah janji dan peluang
yang ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam
Source : http://ustazazhar.net
* Kerana itu Allah jadikan kaum lelaki sebagai Khalifah
di dunia, beban tanggungjawab itu terlalu besar....
Bkn semua perempuan mcm tu... tp suami la yg tanggung... terserah pada suaminya....
Posted by Oh Gila Media on Wednesday, June 10, 2015
loading...
0 Response to "NAUZUBILLAH !!! Ni la ustaz kata, Dosa Yang Ditanggung Oleh Suami.."
Post a Comment