loading...
Lebih baik kita mengubah diri ke arah yang lebih baik dari menyuruh dan mengajak orang berubah. Kalau kita yang menyebab orang buat dosa, biar kita berubah, jangan dok sibok menyalah orang lain dengan kata-kata gatai, meghela, tua keladi. Sebab itu Islam menetapkan pakaian yang tidak menampak susuk tubuh kerana sedikit saja susuk tubuh terbentuk, syaitan sudah bertenggek di atasnya untuk menggamit pandangan, tetapi jika lelaki berpakaian ketat, tak siapa pun melihatnya, bahkan meluat pula. Sebab itu juga pakaian wanita sebaiknya berwarna gelap, kusam, tidak menarik pandangan.
Ingatlah kita semua ada peranan untuk membentuk suasana. Pakaian dan penampilan kita boleh mengubah suasana suatu tempat, seolah radar yang memutar setiap kepala untuk melihat kita, magnet yang menarik setiap pandangan. Maka biarlah mereka melihat dengan kebaikan, bukan melihat dengan dosa pada bonjolan di sana sini pada tubuh kita.
Satu ketika, saya menunggu dikaunter sebuah jabatan kerajaan, tetiba masuk seorang lelaki berketayap putih dengan dua anak gadis bertudung litup dan memberi salam. Mereka duduk dikerusi. Suasana yang tadinya agak riuh terhenti dengan salam itu dan anak gadisnya dilihat mengeluarkan telefon dan kelihatan membaca, saya rasa quran. Sibapa saya lihat bercakap sesuatu di kaunter sambil menunjuk ke arah tv yang menyiar program nyanyian, dan serentak itu chanel tv berubah kepada satu perbincangan mengenai penyakit di saluran lain. Ini yang saya maksudkan biarlah kehadiran kita mengubah suasana kepada lebih baik.
Semua orang ada peranan tersendiri untuk mengubah dan membentuk. Dirumah ibu-bapa yang kena berperanan, jangan biar rumah menjadi panggung wayang dari pagi hingga ke malam, jangan jadi kelab malam melalak dengan lagu tak kira waktu, jangan jadi internet cafe yang game computernya tak kira waktu bersolat. Nabi sebut dalam hadis jangan jadikan rumahmu bagai kuburan, dengan andai pada zaman nabi tiada alatan seperti sekarang, maka rumah menjadi sunyi, lalu nabi menyuruh dibacakan Quran di rumah. Maka kini kenapa rumah tidak diisi dengan bacaan Quran tetapi melalak dengan muzik yang menjadi seruling syaitan, penuh gelak ketawa, tangis, kesakitan yang penuh kepuraan dalam lakonan wayang. Kenapa tv kena di on hari hari, anak kecil kena dipaksa menonton upin-ipin, tetapi Quran tak dibuka walau sehelai sehari, anak kecil tak diajar menyebut kalimah Allah selancar sebutan “betul, betul, betul” oleh si upin dan ipin ?
Tanyalah orang yang pernah pergi umrah, haji. Mereka semua akan berkata seronok duduk di Mekah, dok fikir nak bersolat, nak ibadat sahaja,fikir nak pi masjid sahaja. Jawapannya mudah, suasana semua orang berpakaian menutup aurat yang sebenar, suasana semua orang tidak berbuat dosa, suasana semua orang nak berbuat ibadat, menyebabkan mata kita terhalang dari berdosa, telinga sentiasa mendengar yang baik, fikiran sentiasa tertumpu untuk berbuat baik, menyebabkan diri kita terdorong untuk beribadat sahaja. Maka ciptalah dunia kecil seperti tanah suci dirumah sendiri, jadilah faktor pengubah kepada suatu tempat dimana kita berada. Hidupkan suasana baik, suasana kebajikan dengan berpakaian dan penampilan sempurna menurut Islam, bercakap perkara baik, hentikan umpatan, hentikan perkara sia-sia.
Ingatlah kita tidak boleh melarang orang melihat apa yang menarik pada tubuh kita, maka kita jadikan apa yang dipakai harus pada penglihatan mereka, biarlah mereka lihat. Kucing tua pun tetap bergerak ekornya bila tikus melintas. Jom kita menjadi faktor pengubah yang lebih ke arah baik “bagai kapor yang mengubah kunyit menjadi perang”.
loading...
0 Response to "‘Pakcik Tu Suka Je Tengok Tubuh Kami, Habih Di Peghatinya’"
Post a Comment