loading...
Dalam kejadian kira-kira jam 10.15 malam, mangsa Mohamad Fadhir Ismail, 35, dan anak sulungnya Mohamad Adam Faris, 5, maut di tempat kejadian manakala isterinya, Noorharzuin Halim, 32; anak perempuan, Noor Adalea Fatiha, 1, dan anak saudaranya, Ummi Kalthum Tajuddin, 21, cedera. Ketua Ketenteraman Awam dan Trafik Daerah Ipoh.
Deputi Superintendan Wan Shaharuddin Wan Omar, berkata kenderaan jenis Mitsubishi Airtrek yang dipandu mangsa yang dalam perjalanan dari Pulau Pinang menghala Gombak, Selangor dipercayai hilang kawalan sebaik tiba di lokasi kejadian sebelum terbabas melanggar besi penghadang jalan.
Katanya, kemalangan menyebabkan dua beranak berkenaan maut di tempat kejadian akibat parah di beberapa bahagian badan. "Tiga lagi mangsa yang mengalami kecederaan dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) untuk menerima rawatan. " Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.beritaharian.
Nasi arab Juadah terakhir
Menurut Hamidah Adnan ibu mangsa, 59, hidangan nasi Arab itu disediakannya dua minggu lalu semasa Mohamad Fadhir sekeluarga datang menziarahinya di Balakong, Selangor.
“Nasi Arab memang makanan kegemarannya dan setiap kali datang ke rumah, pasti dia meminta saya masakkan untuknya kerana dia hanya akan makan kalau saya yang masak.
“Saya tengok dia cukup berselera menikmati hidangan itu. Tidak sangka itu juadah terakhir yang dapat saya masak untuknya.
“Meskipun amat sedih dengan apa yang berlaku, namun saya reda dengan takdir ini dan berharap agar menantu saya tabah menerima suratan yang telah ditetapkan oleh Allah itu,” katanya ketika ditemui di bilik mayat Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini hari ini.
Hamidah juga berkata, dia juga tidak mengetahui langsung tentang pemergian mereka sekeluarga ke Pulau Pinang dan amat terkejut sebaik sahaja mendapat maklumat mengenai kemalangan berkenaan.
“Saya dengan Mohamad Adam Faris juga amat rapat kerana sejak kecil hingga dia berusia empat tahun, saya yang menjaganya. Pasti saya amat merindukan telatahnya selepas ini,” katanya.
loading...
0 Response to "Luahan Hati Yang Paling Menyentuh Seorang Ibu " Saya Tengok Dia Cukup Berselera Menikmati Hidangan Itu.Tidak Sangka Itu Juadah Terakhir..""
Post a Comment