loading...

“Ada Sebab Sebenarnya Kenapa Pekerja TNB Tak Baca Meter Sepanjang PKP”- Menteri

loading...
Hari ini Perdana Menteri umumkan tentang subsidi bil elektrik untuk rakyat. Nyata berita ini menggembirakan ramai pihak.
Ini kerana baru baru ini tular di media sosial rakyat menyoal jumlah bayaran bil elektrik ketika musim PKP terlalu tinggi.
Semenjak PKP dilaksanakan, orang ramai dilihat resah dan mula mempersoalkan mengenai bil elektrik mereka yang naik berlipat ganda dari bil sebelumnya.
Mendengar keluh kesah oleh rakyat, kerajaan dilihat sedia menghulurkan bantuan bagi meringankan beban yang di tanggung. Oleh itu, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik Tambahan dalam kategori domestik di Semenanjung bagi isu bil elektrik yang mencanak naik.
Ada sebab tak menghantar petugas
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah menjelaskan keputusan TNB untuk tidak menghantar pembaca meter sepanjang tempoh PKP adalah disebabkan untuk mengelak risiko jangkitan COVID-19.
Perkara ini telah putuskan berdasarkan garis panduan dan nasihat pelbagai pihak termasuklah Majlis Keselamatan Negara (MKN).
“Jadi TNB akur apa yang ditentukan kerajaan apabila pembaca meter diminta duduk rumah. Kita tidak benarkan pembaca meter keluar sehingga kerajaan kata selamat.” Jelas beliau.
Pembaca meter keluar lepas keadaan bertambah baik

Keluhan rakyat didengari, menteri umum bil elektrik percuma untuk 4 juta rumah. Ada lagi insentif yang bakal diterima rakyat

Kata Ketua Pegawai Eksekutif TNB, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan, SOPketika PKP diselaras dengan saranan kerajaan bagi memutuskan rantaian penularan Covid-19. TNB perlu akur dengan arahan kerajaan apabila meminta pembaca meter untuk kekal duduk di rumah.
Bahkan, mereka sentiasa melakukan yang terbaik untuk membekalkan bekalan elektrik kepada seluruh penduduk.
Menerusi satu kenyataan media hari ini, Dato’ Dr Shamsul Anuar yang merupakan Menteri Tenaga dan Sumber Asli mengumumkan yang Perdana Menteri kita, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah bersetuju untuk meluluskan Bantuan Prihatin Elektrik tambahan kepada semua pengguna elektrik domestik di Semenanjung.
Langkah ini untuk mengurangkan beban mereka ekoran peningkatan bil elektrik sepanjang tempoh PKP dan seramai 7.66 juta pengguna bekalan elektrik bakal menerima manfaat dari Bantuan Prihatin Elektrik ini.
Bantuan ini merupakan tambahan kepada diskaun bil elektrik di bawah Bantuan Prihatin Elektrik yang telah dilaksanakan sejak 1 April 2020 dan akan disalurkan melalui bil elektrik bulan Julai 2020.

Ini Insentif Yang Bakal Diterima Rakyat

Bil Elektrik PERCUMA Untuk Bil Bawah RM77
Bekalan elektrik secara percuma untuk bulan April, Mei dan Jun 2020 bakal diberikan kepada 4 juta pengguna domestik dengan bil elektrik sebulan bernilai RM77 ke bawah atau penggunaan elektrik 300kWj ke bawah.
Pengguna domestik yang menggunakan elektrik melebihi 300kWj sebulan pula akan menerima potongan bil elektrik sebanyak RM231 atau bersamaan RM77 sebulan untuk April, Mei dan Jun 2020.

Diskaun Tambahan 8%

Kerajaan juga memperkenalkan diskaun tambahan kepada pengguna elektrik dalam blok tarif di antara 601-900kWj dengan bil elektrik di antara RM232.35 hingga RM395.60.
Mereka akan menikmati diskaun tambahan 8% menjadikan 10% sebulan bagi bil elektrik bulan April hingga September — berbanding hanya 2% yang dinikmati sejak April 2020. Jumlah pengguna yang terlibat ialah seramai 916,000 orang atau 12% daripada keseluruhan pengguna domestik.

Tunda Aktiviti Potong Bekalan Elektrik

Kerajaan juga mengumumkan yang TNB bersetuju untuk menghentikan semua aktiviti pemotongan elektrik sehingga 30 September 2020 untuk membantu mereka yang menghadapi kesukaran dalam memenuhi komitmen kewangan.
Kami yakin yang pengumuman Bantuan Prihatin Elektrik terbaru kerajaan ini disam
Sumber : HMETRO ONLINE Via OMM
loading...

1 Response to "“Ada Sebab Sebenarnya Kenapa Pekerja TNB Tak Baca Meter Sepanjang PKP”- Menteri"

  1. What is the difference between a baccarat and blackjack? - Wolverione
    Baccarat is a casino card game choegocasino played on a baccarat is a gambling game that offers the player a worrione chance to win $500,000 on a regular 제왕카지노

    ReplyDelete