loading...

(8 Foto) Nota Terakhir Tunku Jalil....Cinta Tidak Kesampaian Yang Tak Diketahui Ramai

loading...


Maybe ramai tak kenal lagi dengan beliau, maka hari ini I olls nak perkenalkan seorang ahli kerabat diraja Johor, Y.A.M Tunku Abdul Jalil Iskandar ibni Sultan Ibrahim Ismail.


Orangnya tinggi lampai, badan agak kurus, tapi muka beliau sangat komersial. Biasalah, family kerabat Johor memang segak segak belaka.

Kalau tak salah, sejak dahulu lagi, empayar kerajaan Johor yang hebat telah menjalinkan banyak hubungan diplomatik dengan kerajaan Belanda dan British untuk tujuan perlindungan, perdangan dan sebagainya.

Dan disebabkan itu, ramai putera-putera Johor yang bernikah dengan puteri dan golongan bangsawan daripada dua kerajaan Barat ini. Sebab itulah lani cucu cicit depa semua hemsem memsem.

Tunku Jalil ialah adinda kepada Tunku Ismail Idris. Beliau ialah anakanda ke empat daripada 6 adik beradik kepada ayahandanya Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ismail dengan Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofia.

Laporan Harian Metro mengenai Tunku Jalil:

Kuala Lumpur: Saya dalam peringkat mengenali hati budi seorang gadis berhijab, kata Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Iskandar Sultan Ibrahim, 24, sekali gus menafikan dakwaan seorang selebriti yang mengaku mempunyai hubungan rapat dengannya.

Sebelum ini, anak keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim dan Raja Zarith Sofiah Almarhum Sultan Idris Shah pernah dikaitkan dengan artis kelahiran program realiti televisyen seperti dicanang wanita berkenaan kepada media, awal tahun ini.

Sekiranya saya ingin memilih pasangan hidup, wanita itu perlu memiliki ciri-ciri istimewa terutama menghormati ibu bapa dan perlu memahami diri saya.

Mengenai gadis berkenaan, dia kini berada di luar negara kerana bekerja di sana, katanya enggan mengulas lanjut mengenai maklumat terperinci mengenai gadis berkenaan dalam satu kenyataannya kepada Metro Ahad.

Catatan Terakhir Almarhum Tengku Jalil

Al-Fatihah buat Almarhum Tengku Abdul Jalil Sultan Ibrahim yang kembali ke rahmatullah sebentar tadi.

Semoga Allah mencucuri rahmat dan rahimNya ke atas roh almarhum. Berikut ialah catatan terakhir Tengku Jalil pada 30 November lalu:







JOHOR BAHRU: Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim disahkan mangkat pada jam 7 malam tadi di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini.

 Pengumuman dibuat Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, pada sidang media khas yang diadakan di Bilik Gerakan Tun Abdul Razak, Bangunan Sultan Ibrahim, dekat Bukit Timbalan, sebentar tadi.

Abdul Rahim berkata, jenazah almarhum akan diiring ke Istana Besar Johor Bahru dan disemayamkan di sana.

"Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) akan memulakan bacaan tahlil di bilik jenazah dan pada esok jam 7 pagi akan disempurnakan Istiadat Siram Jenazah dan Mengkafankan Jenazah.

"Jenazah kemudian akan disemayamkan di Petrana tujuh tingkat di Bilik Singgah Sana Istana Besar Johor," katanya. Abdul Rahim berkata, bermula jam 9 pagi hingga 11.30 pagi, rakyat jelata dibenarkan untuk hadir memberikan penghormatan terakhir menggunakan pakaian sopan.

 Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim diputerakan pada 7 Julai 1990 di HSA, di sini. Allahyarham adalah putera keempat Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dan Raja Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah.

Tunku Abdul Jalil mendapat pendidikan awal di Sekolah Sri Utama Johor Bahru dan Sekolah Antarabangsa Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Zaikarim Johor Bahru, sebelum meneruskan pengajian dalam bidang Zoologi dan Pemuliharaan di sebuah universiti di United Kingdom selama dua tahun.

Allahyarham yang mesra dengan gelaran Lil pernah menjalani kursus latihan kepolisan selama sembilan bulan sekali gus bergelar Inspektor pada tahun 2011.

 Tunku Abdul Jalil mula mendapatkan rawatan untuk penyakit kanser hati yang dihidapinya tahun lalu dan menjalani pembedahan pemindahan hati di China


Menurut info, jenazah allahyarham akan disemadikan di Makam Diraja Mahmodiah selepas waktu zohor esok.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa'afihii wa'fu'anhu..

إِنَّا للهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya."

Semoga dilimpahi Allah akan rohnya dengan kerahmatan dan belas kasihanNya serta digolong bersama para anbiya', siddiqin, shuhada dan salihin. Al- fatihah.. Aamiinin

"Ya Allah, ampunilah dia, dan kasihanilah dia dan sejahterakanlah serta ampunilah dosa kesalahan dia"



loading...

0 Response to "(8 Foto) Nota Terakhir Tunku Jalil....Cinta Tidak Kesampaian Yang Tak Diketahui Ramai "

Post a Comment